Tips Membeli Rumah Pertama Di Lembah Klang

tips beli rumah pertama LBS CyberSouth

Anda berhajat untuk memiliki rumah sendiri buat kali pertama. Pasti anda mencari-cari tips beli rumah pertama sebelum membuat keputusan untuk menempah rumah yang anda idamkan itu. Memang tidak dapat dinafikan bahawa proses pembelian rumah ini bukan semudah membeli barangan yang lain. Ia boleh menjadi amat rumit dan memeningkan kepala jika kita tidak tahu cara-cara yang betul untuk membuat persediaan sebelum memilih kediaman kita.

Jadi apakah tips beli rumah pertama yang penting untuk kita tahu? 

1. Pastikan keadaan kewangan baik.

Kawasan Lembah Kelang pula merupakan kawasan yang padat dengan penduduk, menjadikan nilai tanah lebih mahal daripada kawasan-kawasan yang lain. Jadi, memiliki rumah pertama di Lembah Kelang memerlukan anda mempunyai kewangan yang baik. Adakah anda terikat dengan hutang-hutang lain seperti kereta atau kad kredit? Anda boleh dapatkan kiraan pendapatan anda dengan kalkulator pendapatan yang ada di internet, seperti affordability calculator dan home loan calculator.

2. Buat pilihan rumah dengan teliti.

Duit bukan lagi isu untuk anda? Jadi anda boleh fokus dalam membuat pilihan rumah yang bijak. Pertimbangkan pelbagai faktor seperti kos, saiz, lokasi, dan kemudahan yang ada di sekitar kawasan setiap perumahan yang anda inginkan. Adakah keluasan rumah sesuai untuk anda sekeluarga? Adakah rumah pilihan dekat dengan pengangkutan awam seperti stesen LRT? Adakah kawasan terlalu sibuk dan padat? Semua kriteria ini perlu diteliti sebelum anda membuat keputusan.

3. Dapatkan peguam hartanah yang betul.

Dalam urusan jual-beli rumah, banyak perkara yang akan melibatkan undang-undang hartanah. Jadi, pembelian rumah harus beserta dengan peguam hartanah yang dapat memberikan perkhidmatan baik, proaktif dan telus untuk kelancaran proses pemilikan rumah. Peguam anda penting untuk bantu anda fahami proses undang-undang yang terlibat, menjadi pihak yang neutral, dan menyemak semua dokumen yang anda perlu tandatangani.

4. Fahami dokumen jual-beli rumah

Setelah membuat pilihan yang muktamad, anda perlu meneliti semua dokumen jual-beli rumah bersama-sama peguam. Anda akan diminta untuk membayar yuran tempahan atau booking fee sebanyak 2% hingga 3% daripada harga rumah, dan akan beserta Letter of Offer to Purchase yang mengandungi hajat anda untuk membeli rumah tersebut. Anda dan pemaju pula akan diminta untuk menandatangani Sales of Purchase of Agreement (SPA), dokumen yang mustahak kerana mengandungi semua terma dan syarat jual-beli rumah. Dokumen-dokumen ini perlu difahami dengan menyeluruh bagi mengelakkan sebarang gangguan dalam proses pemilikan rumah anda.

5. Buat pinjaman bank

Pilih pinjaman rumah yang sesuai dengan anda. Setelah mendapat resit tempahan daripada pemaju, anda boleh meneliti jenis-jenis pinjaman yang ada. Pinjaman-pinjaman yang anda boleh pertimbangkan termasuk pinjaman konvensional, pinjaman perumahan fleksi, ataupun pembiayaan rumah fleksi. 

Kesimpulan 

Dengan tips-tips ini, anda boleh membeli rumah pertama anda dengan lancar dan mudah. Gunakan tips-tips ini untuk pembelian rumah yang sesuai buat anda sekeluarga. Untuk petua pembelian rumah pertama yang lebih komprehensif, layari laman web pemaju rumah mampu milik di Dengkil di https://www.lbscybersouth.com.my/15-tips-membeli-rumah-pertama/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *